Tuesday, February 4, 2014

Old Skool


Macam berjanji je semua barang kat rumah tu nak buat perangai..Mula-mula water heater rosak..memang betul-betul menduga bila nak mandi pagi dalam keadaan cuaca yang sejuk skang ni..Lepas tu mesin kelapa pulak rosak..aku baru je berani nak mesin kelapa sendiri walaupun separa failed, dia dah buat perangai..Dan sekarang ni aircond kat bilik aku plak wat perangai..Keluar air kat depan yang keluar angin tu..Sampai ke hari ni masih tak repair lagi..So, terpaksalah aku letak besen bagi air turun dalam tu,kalau tak confirm banjir bilik aku..

Kata mesin kelapa rosak, time nak kukur/ parut kelapa berebut tak mau sebab sakit pinggan nak habiskan sebiji kelapa..Nasiblah barang lama masih ada.. Balik ke zaman dulu kala rasanya..Tetiba rasa macam kampung sangat walaupun aku orang kampung sebab duduk bersimpuh dengan pakai kain batik..:)

Kalau kami kat Terengganu/ Kelantan panggil koghe nyiur..




Macam ni lah bentuk "koghe nyiur" yang kat rumah aku..Bentuk lebih kurang macam rehal mengaji..

Monday, February 3, 2014

Si Hitam manis



Pagi tadi Ma buatkan jeput pisang (cekodok) dan jeput bilis.Dua  dua aku sebat..Dah lama tak buat jeput pisang sebab terputus bekalan pisang..Selalunya balik kampung kat Besut dapatlah bekalan pisang dari nenek yang aku panggil Mak..Kalau balik kampung bukan setakat pisang, habis segala kaum kerabat pisang dia bagi.Tak penuh bonet kete tak sah..

Letak banyak pisang lagi best, bila goreng  cepat sangat jadi hitam, walaupin rupa hitam tapi rasanya sodap..












Rupa tak menarik tapi rasa dia memang boleh membunuh diet sebab makan banyak sampai tak ingat dunia..:P




Lagi klimaks minum bersama nescafe..





Thursday, January 30, 2014

My Adik dan Minor Operation


Semalam mati-mati ingat hari Khamis tapi rupa-rupanya baru hari rabu.Adoilah, memtang-mentang nak masuk 3 series hari pun dah tak ingat.Ingatkan aku je tapi adik pun cakap benda yang sama, maknanya itu bukan tanda penuaanlah.:)..mungkin sebab adik yang bongsu cuti hari ni sebab  sekolah dia ambik cuti peristiwa tu kami ingatkan hari ni Jumaat..

Hari ni adik aku yang ke 3 akan menjalani minor operation kat peha dia.InsyaAllah semua selamat.Kesian sebab sebelum serah diri kat wad pon bukan main takut  lagi dengar citer kena inject..Kata gagah perkasa takkan jarum kecik pun takut dik oii..Kalau aku doktor/nurse tunjuk jarum confirm pejam mata rapat-rapat sebab aku pun sama penakutnya..teringat zaman sekolah dulu nampak je doktor/nurse nak mai check gigi terus rasa nak terberak bagai, tu belum kena panggil nama lagi,mulalah berulang ke tandas.

Adik aku dah risau sebab nanti lepas operation nit dapat mc banyak hari., ni jenis bangsa gila kerja ,ada ikut perangai abah..Ade ke patut takut mc banyak hari, kalu aku lagi suka adalah.




Korang pun boleh teka mane satu adik kau kan sebab yang kat sebelah dia tu sape tak kenal..