Terasa cepat masa berlalu.pejam celik pejam celik dah 1 tahun kami bersama sebagai suami isteri.bersama berkongsi hidup dan berkongsi rasa.
Terasa baru je kami kenal.Ada kisah suka dan duka.ada tawa dan tangis.semua bercampur menjadi satu.
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kami,tambah2 ngan perangai aku yang kebudakan ckit .
Setiap yang datang bagi aku ianya suatu pengajaran dan pengalaman hidup dan aku hargai pengalaman ini.
Memang usia kami banyak beza dan kerana perbezaan inilah yang membuatkan kami bahagia.t
Telah tertulis jodoh aku dan dia.siapa kita sebagai manusia yang nak halang ketentuan Ilahi.orang cakap tak kenal maka tak cinta.kerana aku kenallah maka aku jatuh cinta.Bagi aku cukuplah dengan bersamanya aku beroleh ketenangan.
Telah tertulis jodoh aku dan dia.siapa kita sebagai manusia yang nak halang ketentuan Ilahi.orang cakap tak kenal maka tak cinta.kerana aku kenallah maka aku jatuh cinta.Bagi aku cukuplah dengan bersamanya aku beroleh ketenangan.
Kami juga seperti pasangan lain.Mengharapkan kehadiran cahayamata.Kita hanya merancang,Tapi ALLAH yang menentukan segalanya.Kekadang aku sedih ngan mulut2 puaka ni.Aku tak kisah kalau nak tanya pasal anak.Aku boleh jawab elok2.Tapi ada yang cakap.."nurul,jangan rancang.beranak dulu baru rancang". bila masa plak aku rancang.."honeymoon jer,tapi tak ngandung pun". suka ati aku lah,bukan mintak duit ko pon. Yang paling puaka "mandullah tu"..ikutkan ati memang aku ganyang mulut tu.tapi aku hanya mampu senyum selagi terdaya..kenapa susah sangat mereka nak jaga hati kami.atau pun bahagiakah mereka bila boleh melukakan hati kami.Tapi masih ada teman2 dan keluarga yang memahami situasi kami.Dan terima kasih kepada mereka2 yang sentiasa berdoa untuk kami.dan sekalung perhargaan buat mereka yang busuk hati,semoga kalian diberi hidayah dan kesedaran..apa yang penting KAMI BAHAGIA.
semoga ikatan yang terbina ini sentiasa dirahmati dan diberkati..
No comments:
Post a Comment