Tuesday, August 18, 2009

warkah berlagu pilu buat suamiku


buat tatapan suami tercinta,
adinda pohon sepuluh jari jika paparan warkah berlagu pilu ini akan mengguris hati kakanda.adinda perlukan rak kasut baru kerana rak kasut lama dah penuh.oleh kerana masalah yang adinda hadapi ini,adinda terpakasa membekukan pembelian kasut dan selipar adinda buat sementara waktu.ini mungkin baik untuk kakanda kerana belanja kakanda akan semakin berkurangan.tapi mood adinda untuk ke pejabat makin berkurangan kerana perasaan jemu sudah mula bermaharajalela dalam diri adinda apabila terpaksa memakai kasut yang sama berulang kali.adinda berharap kakanda dapat mempertimbangkan permintaan adinda ini.semoga segala keputusan kakanda membawa kebaikan untuk kita bersama.bersama2 dengan ini adinda sertakan lampiran untuk rujukan kakanda.


No comments:

Post a Comment