Sunday, December 6, 2009

kisah di suatu petang..

petang khamis sekitar jam 7.30 mlm aku dan suami bertolak dari rumah ke Kota Bharu.kerana suami ada urusan keje kat USM Kota Bharu.2,3 ari lepas memang kami ada bincang nak ke Kota Bharu walau tanpa urusan keje.sesaja nak jalan2..
tengahari tadi on da fon..

"abang kena g kb petang ni.Z... dari KL ada.abg kena g site"
"klu cbuk sekalipun xkan ari minggu pun kene keje gak"
"nak wat camana keje abg bukan mcm ayg.jumaat sabtu memang x keje"
"ikut pandai abg lah"
"ayg ikut abg k.abg xwat keje pon.abg bawak budak(pekerja) 2 orang"
"malas ayg,abg g sorang"
(adakah aku seorang isteri yang derhaka,hanya untuk menunjukkan protes walau dalam hati aku akan ikut dia)
"xpelah xnak ikut"(suara ala2 merajuk.aku tau pasni dia pjuk aku balik suh ikut dia)

lepas my hubby letak fon.aku duduk dan termenung sejenak.sambil tangan buat keje.tapi otak ralit duk berfikir.Dan yang pasti aku akan sentiasa sokong dan sentiasa akan berdiri di belakang suami aku untuk bagi dia semangat.dia sibuk bekerja pun hanya kerana mencari rezeki untuk kami..untuk membaiki kehidupan kami semoga lebih baik lagi.Rasa bersalah menghantui kerana mencetuskan suasana tegang tadi.beristighfar seketika.syukur kerana suami dikurniakan sifat sabar berbanding sifat aku yang cepat melenting.tapi aku juga cepat sejuk.

No comments:

Post a Comment