kami hanya ke Mydin Mall,KT.Menjalankan rutin bulanan kami membeli groceries.Lepas ke MydinMall kami drive thru ke Mc D yang baru dibuka dekat ngan Giant baru berkesempatan menjenguk.tak tau lah nape ari ni angin ngada2 nak lepak2 kat pantai.on da way balik kami singgah di pantai Teluk Ketapang. area airport ..
sambil makan2 kami bercerita dan berceloteh.mengimbau kisah2 dulu..kekadang rasa macam orang bercinta pun ada.walaupun kami sentiasa dilamun cinta. sila jangan muntah darah .terasa indah saat itu.masa zaman berchenta dulu jangan harap aku nak lepak camni takut kena tangkap basah .
banyak yang dicelotehkan.tentang kami.tentang masa depan kami.perancangan kami.yang pasti kami sama macam pasangan lain sama2 berkongsi impian.mengharapkan yang terbaik dalam rumahtangga kami.setiap kali bersujud,meminta dan memohon agar dikurniakan cahaya mata.kami menginginkannya.setiap kali soalan anak dipersoalkan setiap kali itulah tetiba hati ini sayu.tapi aku harus kuat,ini semua ketentuan.rezeki kami belum tiba.
Ada baiknya klu yang slalu mengutuk dan mengeji tu baca blog ni.walaupun sekadar blog picisan.semoga mereka lebih mengerti hati kami.kami tak rancang dan kami tak pernah menolak.yang berkata2 tu lebih matang berfikiran dari aku,lebih lama menghuni bumi ini berbanding aku.sepatutnya mereka lebih memahami bukan manjadikannya sebagai sandaran.buat anak bukan guna mesin.bukan kami yang proses anak tu.klu kami yang proses dah lama kami ada anak.tapi ini semua Qada dan Qadar dari Allah.Kami hanya penulis skrip tapi pengarahnya adalah yang Esa..
No comments:
Post a Comment