Selasa lepas bawak abah pegi HUSM..
Isnin tu abah pegi sendiri kat Klinik Kesihatan Permaisuri.Abah drive sendiri,tu pon dia pegi time org lain xde kat umah.Biasanya klu g klinik ni xde check benda lain, kencing manis n tekanan darah.
Tapi ari tu abah kata dia ambik darah n urine tuk antar kat makmal. doktor pon pening ngan penyakit abah aku ni sebab kencing manis ok,cuma darah tinggi je naik maybe sebab kurang tido.
Cara traditional pon dah cuba tapi still macam tu jugak.Masuk ni dah 6 tempat/6 orang pengamal perubatan traditional dah cuba.
Ada yang aku xberkenan ngan cara perubatan diorang sebab kekadang macam merapu je lebih.ada antu lah,ada orang buat khianat lah.Klu yang buat solat hajat n bagi minum air penawar tu aku bleh terima tapi klu yang masa berubat tu,tetiba jatuh n bangun2 macam xsedar @ guna perantara tu kekadang buat aku tergelak ngan laki aku..(susah nak explain macamana diorang berubat ni,paham2 sendiri k).
Sebenarnya dah lama aku n my hubby rancang nak bawak abah g jumpa doktor pakar kat HUSM,Kubang Kerian.
Selasa lepas baru kami bawak abah..
Gigih lah bangun awal mengalahkan waktu keje sebab xnak sampai lewat,klu lambat mesti dapat nombor giliran pon lambat.
Doktor suspect sebab saraf n bagi bekalan ubat tuk sebulan.25 hb 8 ni datang balik.
Alhamdulillah,ada perubahan walau sedikit.Cuma kesan ubat tu buat abah pening2 n rsa letih.
Aku akan lakukan yang terbaik untuk abah.Selama ni abah telah banyak berkorban untuk kami,jadi xsalah sekarang aku berkorban untuk abah.Walaupon pengorbanan yang aku lakukan x sebesar pengorbanan abah lakukan.
ALLAH menyayangi kami,sebab tu Allah kirimkan kami dugaan ini.Semoga Allah sentiasa bekalkan tenang di hati kami..
No comments:
Post a Comment