Saturday, August 28, 2010

2nd anniversary



Alhamdulillah kami masih diizikan Ilahi untuk terus bersama melayari hidup bersama.
Terasa cepat masa berlalu.terasa baru mengenali insan yang bernama Kharosdi Zahari.

Teringat kisah 3 tahun lepas,di Dmard Photo Studio.Pertama sekali bertentang mata secara tak sengaja.Itu pun sebab dia temankan sepupu aku jumpa aku.

Selepas itu,aku terima sms,tapi xpernah aku layan.
Aku menolak dia,tapi dia cabar aku dengan kejujuran dia.Demi Tuhan,aku xpernah sangka yang aku akan jatuh cinta sayang padanya.

Semakin mengenali dia,aku x dapat membohongi perasaan aku,bahawa aku sayangkan dia.
Bersama masa perasaan ini menjadi dewasa dan dewasa ini menjadi cinta.
dan saat aku menyintai dia,aku telah jatuh ke dalam perasaan yang paling dalam.
Lemas dan hampir tenggelam dalam lautan kasih sayang,seribu impian.

Dia yang mengajar aku cinta memerlukan pengorbanan dan dia yang sentiasa mengajar aku agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri.

Dengarlah,aku sentiasa menyintai dia,terlalu menyintai dia.
Semoga tidak ada yang boleh membunuh perasaan ini.
Semoga Allah terus mengizinkan kami untuk terus bersama.
Syukur kerana Allah mengirimkan suami yang baik hati.




i love u very much dear..
every ur kisses make me happy.:)

No comments:

Post a Comment