Dear guest n blog,
meh dengar aku nak bebel sikit.
Adat resam orang Melayu ngan soalan tipikalnya.tak sepi dengan senyum sinis dan lirikan tajam.
Dulu masa abis blajar mak cik-mak cik duk sibuk tanya.
"bila nak keje?"
macamlah aku duk mintak duit ngan mak cik2 ni..dia xtau ke berapa ratus borang isi apply mintak keje.ma n abah xdelah duk menekan tanya mcm diorang ni.
pastu bila dah keje
"bila lagi nak kawen?"
tanya soalan macam aku ni anak dara tua.klu bengang sangat menjawab gak mulut ni..
pastu bila dah kawen
"bila nak beranak?"
Apa kau ingat buat anak ni main tekan-tekan mesin je..
klu dah beranak sibuk duk nanya
"bila nak tambah anak?"
Setiap kali ada saudara atau kenalan yang melahirkan , aku seakan-akan fobia nak g visit.Bukan fobia sebab kena give something tuk newborn tapi fobia ngan mulut-mulut puaka yang suka tanya soalan maut yang boleh buatkan jiwa dan perasaan terguris.
Semalam balik keje,aku singgah umah somebody tuk tengok baby,niat hati yang murni ni telah dirobek oleh seorang makcik yang memang ada pertalian ngan aku.xpasal2 aku kena panahan mulut puaka dia tu.Aku xde anak pon,aku xnyusahkan sesapa jadi tolonglah jangan susahkan ati untuk aku.AKU BAHAGIA ngan life aku.
Paling pantang bila orang tersayang dicuit.x abis2 nak cakap aku or laki aku M****L.Terus aku ambik balik n nangis sorang-sorang dalam bilik.bila my hubby call n tanya nape suara aku macam lepas nangis je.aku xciter.aku just cakap xde ape2.
Sepatutnya mereka yang berumur ni ibarat kata rumah kata pergi,kubur kata mari memberi kata-kata positif buat kami.Kalau ikut logik mereka ni lebih arif bab agama.so.sure mereka tahu ni kerja Tuhan..
Sepatutnya mereka tahu,xde seorang pon boleh lawan takdir Ilahi.Dia xtahu tiap-tiap bulan klu Mrs P datang,betapa kecewanya aku.betapa downn nya perasaan aku time tu.xsiapa yang tahu kerana aku yang menanggungnya.Tapi aku tak pernah salahkan takdir.Segalanya diatur Allah.Lambat atau cepat bahagian kami pasti ada.Bila tiba waktu Allah berkehendakkannya,maka jadilah ia.
Kepada sesiapa yang berkenaan,
Saya bahagia ngan kehidupan saya sekarang.Sehingga kini kasih,sayang dan cinta tak pernah ada akhirnya.Hubungan kami sering teruji ngan kata-kata orang tapi Alhamdulillah kami masih diizikan Ilahi untuk bersama.
No comments:
Post a Comment