Tuesday, January 4, 2011

Welcome 2011,Good Bye 2010




Entry pertama sempena Tahun baru ni..
Masuk tahun baru perangai malas makin menjadi-jadi..
Nanti nak seru perangai rajin datang....

~2011~

Alhamdulillah kerana berpeluang melangkah ke tahun 2011..Sambutan biasa-biasa je tambah-tambah kondisi kesihatan tersayang tak berapa memuaskan..
Azam tahun lepas masih ada yang tak tercapai lagi,jadi meh renew je azam lama n forward tuk tahun ni..

~semoga akan dikurniakan kesihatan,kehidupan dan keewangan yang terbaik buat kami sekeluarga.
~Semoga kehidupan kami bertambah bahagia..
~semoga Allah akan terus melimpahkan rahmat dalam kehidupan kami sekeluarga..

dan wishlist yg lain bergantung kepada ekonomi kami..InsyaAllah..


~2010~

Syukur kerana jatuh bangun tahun 2010 berjaya dilalui walaupun kekadang ada kala aku terduduk dengan dugaan yang mendatang tapi syukur kerana masih ada insan yang tolong bangunkan aku.Kalau nak diikutkan tahun 2010 banyak yang betul-betul menduga aku sebagai seorang isteri,seorang anak n seorang kakak..Alhamdulillah semua ni,membuatkan aku kuat n matang dalam mengharungi semua ni..


Pahit

~April- Abah warded n operation..bermulalah rutin harian aku kat umah,opis n spital..Penat sangat sebab just aku n adik2 pompuan aku yg ada kat umah.masa ni adik2 laki aku tengan berperang ngan final exam.Thanks to my dear hubby sebab sentiasa menenangkan aku waktu2 aku terasa tegang.

~May-Abah operation buat kali ke-2.Dan bermula dari saat inilah kesihatan abah on dan off.Saat yg betul2 menguji kami sekeluarga.

Manis

-bercuti ke KL - Langkawi bersama tersayang.
-bercuti ke KL - Melaka bersama tersayang n adik2 pompuan.
-adik yg ke 4 (wawa) dapat result gempak dalam SPM
-adik ke 2 dpt posting lepas 1 bulan tamat belajar
-short vacation kat Penang sambil hadiri convocation 2nd brother.
-hajat my hubby nak tukar kete tercapai.1st nak ambik honda accord tapi tetiba honda accord kena sumpah jadi bmw 3 series.dan hajat aku nak pakai suzuki swift/honda vios x tercapai coz kena paksa rela pakai perdana v6 kesayangan my hubby..

Allah itu Mahal Adil,dalam kesakitan dia bagi kami kemanisan.

No comments:

Post a Comment