Tuesday, March 29, 2011

Banjir di Bulan Mac

Dua tiga minggu ni cuaca tak menentu..Kejap hujan,kejap panas..Tapi kebanyakan waktu tu hujan lah..Kalau hujan petang dan malam tak kisah sangat kalau hujan pagi tu yang membawa masalah kapada tuan punya badan..Musim tak hujan pon punyalah bercinta nak bangun pagi,klu hujan-hujan lagilah bercinta nak bangun pagi,duk rasa n dengar-dengar je comferter duk seru-seru suh sambung tido balik..Kalau hari minggu lagilah terbabas sampai ke tengahari tambah-tambah kalau orang sebelah pon sedap berbungkus..Dasar pemalas..

Harap-harap musim hujan ni boleh menurunkan bil elektrik dengan berkurangnya penggunaan penghawa dingin tapi penggunaan water heater yang meningkat..ayat skema nak mamp..zaman-zaman xde water heater dulu memang xleh mandi lelama pagi sebab takut terbeku dalam bilik air..

Datang keje pagi tadi tengok air dah penuh kat padang..kalau hujan non stop jugak maknanya air akan melintas jalan dan aku bleh balik keje awal sebab banjir..suka ..terasa macam berada di bulan Disember musim tengkujuh ..

No comments:

Post a Comment