Assalamualaikum..
Now dah bulan Mei tapi puasa tak habis ganti lagi..Middle Julai dah nak masuk Ramadhan..InsyaAllah sempat lagi ganti..
Keadaan cuaca skang ni betul-betul menguji keimanan.Cuaca yang tak menentu dan keadaan kesihatan tuan tanah pun jadi tak menentu adalah satu faktor lambat ganti puasa alasan..Bulan lepas dah kena selsema,batuk n sakit tekak dan baru je nak baik dia mai balik..
Puasa tak habis ganti tapi kecoh pasal baju raya.Biasalah pompuan semua benda nak pikir awal-awal kalau last minute kita jugak yang susah.Tukang jahit skang ni belum masuk bulan puasa dah tak amik tempahan.
Slalunya awal-awal aku dah booking kat tailor aku.Bagi tau nak antar berapa pasang walaupon kainnya tak tau kat mana lagi..Tu orang panggil konsep beringat...:)
Masa attend course kat JB ari tu adalah pegi kat Jakel dan sempat merembat sepasang..Masa on the way balik Terengganu singgah kat Tangkak tapi sebanyak-banyak kedai kain kat situ satu pon tak menarik dan tak berjaya menggoda hati aku.Ada corak yang berkenan tapi kain plak keras kejung tapi bila kain lembut corak plak yang ntah ape2..Selamat poket aku di situ..Seriusly,klu nak bandingkan kain kat Tangkak ngan kat Pasar setiu lagi banyak choice kat Setiu,corak pon lebih terkini..Tu pendapat akulah..
Aku dah bagitau awal-awal my hubby tahun ni tempah baju melayu tak nak beli yang readymade..Sebab bila saiz badan ok tangan pklak yang terpanjang..leceh..
No comments:
Post a Comment