Monday, January 7, 2013

Letak Jawatan Sempena 2013



Alhamdulillah dah masuk 07 Jan 2013..Tak terasa dah masuk 2013 sebab tak banyak yang berubah, masih sama macam rutin tahun lepas..

Cuma yang berubah aku dah tak jadi supir  driver tak berbayar untuk adik aku yang paling bongsu sebab dia dah masuk tingkatan 1..Jadi tak delah lunch hour aku tercongok depan sekolah dia,pastu antar balik umah untuk makan,mandi dan solat lepas tu kol 2 antar balik skolah untuk kelas Fardu ain..Tak terasa dah tujuh tahun aku wat keje macam ni dari dia pra sekolah sampai standard 6..Cuma tahun lepas terasa sangat penatnya..Maklumlah standard 6,memang busy mengalahkan menteri gamaknya tambah-tambah duk kelas elit (kelas target) lagilah cikgu duk tekankan sangat sampaikan aku yang ngantar,ambik dia ni penat , kalau dia lagilah penat..Kelas sampai ke malam.Aku ngan adik-adik yang lain standard 6 dah kena halau pi dok hostel,tak macam yang bongsu ni manja terlebih,orang antar asrama suh senang belajar dia pi asrama duk nangis.Kalau dah siang malam menangis macamana nak belajar..

Kalau tahun lepas nak pegi mana-mana pon fikir 2,3 kali sebab fikirkan tak de orang nak antar dia kelas malam,maklumlah abah aku ni keje tak tentu masa,yang lain semua keje/ belajar kat luar so,aku je yang ada..
Tahun ni tak yah pening-pening kepala sebab dah ada bas sekolah..So,silalah panjat tangga bas ye dik.






Adik bongsu yang paling besar


Silalah jadi anak yang mendengar kata,adik yang baik ok..Sebab awak yang paling bongsu dan yang paling dimanjakan kakak ngan abang walaupon kekadang menjadi mangsa buli kami semua :-)

No comments:

Post a Comment