Thursday, April 11, 2013

Allah Maha Pelindung



Sujud syukur kepada Allah kerana melindungi Abahku..
Semalam abah balik bagitau dia kemalangan ngan motosikal kat Machang..Berderau darah bila abah bagitau notor tu terseret ngan lori dan Alhamdulillah tiada nyawa yang melayang..

Ceritanya begini..Masa abah bawa lori ada motor keluar simpang tanpa tengok kiri kanan terus lintas jalan..Nasib baik abah nampak dan terus brek,danstill terkene motor tu.Bayangkan lori balak ngan motosikal,hancur motor tu.Abah pun bagitau dia ingatkan dah mati budak tu..Maybe budak lelaki tu dalam lingkungan 20 an dan membonceng ngan pompuan..Syukur kerana hanya cedera..

Pastu abah tanya budak tu " Bakpo tubik simpang tak tengok kiri kanan,terus je"
Budak tu jawab "nok gi isi minyak"..

Semoga Allah sentiasa melindungi bapaku..Kerja macam abah memang selalu berdepan dengan risiko dan dah macam-macam yang abah lalui hanya kerana mencari rezeki buat anak-nak dan isteri,Hanya untuk memberi keselesaan buat anak-anak dan isteri..Dan Alhamdulillah walaupon kami tak hidup mewah,tak dilahirkan di dalam dulang emas tapi kami bahagia dan bangga kerana mempunyai ibu bapa yang terlalu penyayang..Mereka nyawa aku tiada yang lebih berharga dari mereka..


No comments:

Post a Comment