Wednesday, April 10, 2013

Selamat Ulangtahun Bonda



10.04.2013..Selamat Ulang Tahun yang ke 49 buat Ma tersayang..
Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik,kasih sayang melimpah ruah,dirahmati Ilahi dan yang penting sentiasa ceria..

Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakan seorang ibu yang terbaik untuk kami..
 



Ma diapit oleh adik no 2 n no 4..Gambar kejadian masa hari perkahwinan adik aku no 2..

Mesti ma gembira lebih tahun ni sebab anak no 2 dia dah bagi big present (cucu) ..

Teringat zaman kecik-kecik dulu selalu kena rotan dan kena ngepek membebel  ..Dan pernah menyorok bawah rumah sebab takut kena rotan.Semuanya sebab aku ngan adik aku no 2 ni degil.Kalau ma kunci pintu tak bagi keluar main sebelum kol 5 aku ngan adik aku pegi terjun ikut tingkap dapur..Balik rumah barulah masing-masing takut kena bantai.

Pernah terfikir "bakpolah ma aku ni bekeng sangat,tak mace mok ore lain..Tak maroh pon gi jale" (kenapalah ma aku ni garang sangat tak macam mak orang lain .Tak marah pegi jalan-jalan(main))..Sekarang bila kenangkan balik kerana inilah kami bergelar manusia..

Dan,bila besar cara didikan ma berbeza,kami boleh share masalah,boleh bergurau dan kalau ada masalah confirm Ma yang jadi tempat aku mengadu..Dan kami pernah menangis bersama bila aku luahkan isi hati aku..Ibu mana yang sanggup dengar bila anaknya dilanda fitnah,dikeji tanpa usul periksa..Dan Alhamdulillah dia lebih kenal siapa anaknya sampaikan pernah Ma bagitahu aku ni lembut hati sangat..

Semoga Allah panjangkan usia Ma kerana kami belum puas untuk bermanja lagi dan kami belum puas untuk berbakti lagi...Izinkan kami membahagiakan Ma...



No comments:

Post a Comment