9 tahun pengalaman bawa kereta sendiri semalam adalah hari yang betul-betul menguji mental dan emosi. 1st time jumpa samseng jalanraya yang dah agak berusia ( tgok ada uban kat kepala)..Memang sangat sangat dan sangat kurang ajar.
Semalam aku cuti sebab nak ke Kuala Terengganu.Kebetulan my hubby ada keje kat Tok Jembal Golf, so dah alang-alang nak ke Kuala Terengganu tu aku tapaukan lunch untuk my hubby...Dah siap masak baru gerak ngan adik aku ekien.
Lepas dah hantar makanan tuk my hubby aku keluar simpang Tok Jembal Golf, masa keluar simpang tu memang aku tak nampak satu kete pon kiri kanan jalan.Lepas keluar simpang tu baru perasan ada kete kat belakang ..Salah aku sebab tak nampak kete dan kete tu kena brek kot..Seriusly aku tak tau dari mane arah kete tu keluar..Mula-mula kereta tu follow macam biasa..dan aku xsyak ape2..Cucuk kat belakang pon cucuk-cucuk manja..Lepas je Trafic Light dia potong aku sambil buka cermin dan tengok kat kete aku..maybe nak tengok ade laki ke tak..
Masa kete dia duk depan kete aku dia start brek,jalan,brek ,jalan dan aku pon malas nak melayan orang sewel terus ambik line sebelah kanan..So sempatlah aku tengok drivernya yang dah tumbuh uban sambil buka cermin mulut terkumat kamit.OK fine kalau nak marah memang salah aku.Ikut pengalaman sendiri pon pernah terjadi tapi bebel dalam kete je lah habis tinggi potong kete tu sambil tgok pemandu.Tu aksi my hubby ngan aku lah..
Ingat kan dah stop sampai situ tapi punyalah nak tunjuk samseng dia himpit kete aku.Bukan sekali tapi berkali-kali.Sampai adik aku kata orang gila bawak kete..Tapi aku tengok cara bawak kete macam orang mabuk.Sempat jugak aku tengok penumpang kat kete dia tu..Sebelah dia budak lelaki dan kat belakang pompuan..Tak tau anak ke bini yang aku nampak pakai tudung..
Lpas aku masuk jalan nak pegi Stadium runtuh tu dia follow lagi.Duk cucuk cucuk belakang kereta aku.Lepas cucuk dia ambik line kiri dan himpit..mulut memang terkumat kamit..Sempat tengok lagi sebab dia buka cermin..Aku tak tau apa yang dia seranahkan sebab aku tak dengar tak buka cermin.
Aku tau dia nak takutkan aku tak pun nak suh aku panik pastu langgar divider ataupun langgar kete lain.Alhamdulillah aku boleh kawal keadaan lagi walaupon terasa cuak jugak..
Yang paling kemuncak masa dekat trafic light stadium..Dia cucuk-cucuk,dia ambik line sebelah dia himpit pastu dia masuk bodo masuk mengejut depan kete aku..Nasib baik masa tu semua kete slow sebab trafic light merah.Dalam slow pon brek jugak sampaikan my stepdaughter yang duk kat seat belakang tersembam sampai depan..Syukur sebab tak de luka..Masa kereta berhenti tu pak cik sial tu buka pintu kete,ingat nak mai kat kete aku tapi just keluarkan kepala dan duk menyumpah seranah kat kete dia je..Sorry Pak Cik saya tak dengar jadilah pak cik macam anjing salak bukit..Kalu dia datang kat kete aku pon aku tak akan turun dari kete ni dan tak akan buka cermin kereta.Masa tu baru terfikir nak call my hubby.Dan my hubby tak angkat.Adoi...
Bila trafic light hijau aku u turn niat memang nak suh dia ikut.Sebab aku ada 2 pilihan masa tu 1 st aku nak patah balik tempat my hubby dan yang 2nd choice aku nak pegi balai polis yang terdekat..Mungkin dia tau aku nak pegi cari perlindungan tu yang dia tak berani nak follow..
Sampai je kat my hubby terus dia buat muka pelik sebab patah balik.Tadi bukan main kental je tapi tengok je muka suami terus hiba,sayu.pilu,sebak dan apa lagi laju je air mata ni turun..
My hubby plak naik angin bila dengar citer.Terus call kawan dia tanya kenal tak pemilik kereta wira kelabu no plat ACM 1272..Dapat maklumat lengkap dengan nama,rumah sekali tau.Just nak tau je..Aku dah pesan siap-siap kat my hubby jangan buat keje yang tidak-tidak.Dia kata sape suh buat bini ngan anak dia macam tu nasib baik tak jadi ape-ape..Orang takut pon boleh jadi berani kalau orang buat kat family dia..Sempat dia pesan kat kawan dia kalau jumpa ngan orang tu kirim salam banyak-banyak..
Aku rasa dalam tubuh dia tu penuh dengan gen setan..ops terlebih sudah..Boleh dia tunjuk perangai samseng taik minyak depan anak dia..Ya Allah malunya nak mengaku orang melayu yang bergama Islam ..Kata budi bahasa budaya kita Jangan salahkan anak nanti kalau dah bapaknya dah tunjuk contoh yang terkebih ajar depan anak..
Kepada pemandu-pemandu lelaki tolonglah hormat kami sebagai wanita kerana ibu,anak dan isteri anda juga wanita..Kami bukan insan yang boleh ditindas sesuka hati,kami juga ada hak di atas jalan raya..
Dan kepada sesiapa yang melalui situasi macam aku ni yang penting sekali jangan gelabah dan panik..Yang pentimg jangan turun kereta walaupon dipaksa.Dan paling penting sekali catit nombor pendaftaran..Cari lah atau berhenti kat tempat yang ramai orang..Ni bukan nak tunjuk bijak tapi pengalaman aku..
Aku doakan cukuplah ada perempuan lain kena macam aku..Walaupon tak teruk tapi sampai saat ni aku masih terbayangkan peristiwa tu..Masih terbayangkan wajah bengis yang tak handsome dan menjengkelkan tu..Hari ni datang keje pon masih duk terfikir pasal semalam.
Terus terbantut nak ajak my stepdaughter pegi belikana hadiah dan kek kekonon nak suprise kan my hubby sempena father's day semalam..
Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih melindungi kami..Terima kasih Ya Allah..Semoga Allah yang membalas segala budi yang pak cik buat kepada saya,..Dan terima kasih kerana pengalaman pahit ini :'(
No comments:
Post a Comment