Monday, August 5, 2013

Mengadu Nasib sempena nak raya.



Kerja yang paling mudah dan senang atas muka bumi ni adalah mencari kesalahan orang lain sehingga sanggup memutuskan silaturrahim..*ada friend list fb buat status ni dan aku setuju sangat-sangat..

Seriusly kekadang tak paham ngan karenah sesetengah manusia ni..Tak habis-habis nak cari kesalahan orang..Life aku simple je..Tulis blog pon saje suka2..Nak riak jauh sekali.aku tulis apa yang aku rasa nak tulis dan kalau rasa meluat dan menyampah sila jangan masuk blog ni.Tapi kalau masuk just nak tau life aku pastu sibuk duk mengadu sana sini aku beli itu dan ini itu terpulanglah..Kau buat ko dapat.Hari tu kecoh kata aku nak berhenti kerja.Tegelak aku sorang-sorang..Keje walaupon gaji tak sampai 5 angka aku bersyukur sesangat sebab bukan senang nak dapat dah jenuh gi interview baru dapat.Org kata padanlah sebab dulu malas belajar..

Nape rasa aku ni tak layak nak rasa nikmat hidup macam orang lain dapat..Kita hidup ni hanya sementara,dan kita semua sama di sisi Allah..Jangan cepat sangat menilai kalau tak betul-betul kenal orang tu luar dan dalam.Kalau setakat jumpa 2,3 kali dah macam-macam buat penilaian tu namanya tak adil.Jangan nak menuduh dan fitnah bukan-bukan..Dah takdir hidup sorang-sorang tu ditentukan Ilahi siapa kita nak judge sedangkan macam macam yang kita rancangkan tapi penentunya bukan kita..Aku tau aku bukan bijak pandai nak tazkirahkan orang tapi just nak luahkan sedikit yang terbuku ni..

Aku tak paksa orang terima aku,sayang aku tapi cukuplah jangan burukkan family aku..Jangan sampai fitnah jadi mainan hidup..Alhamdulillah sampai hari ni,saat ni aku tak pernah terlintas nak bomohkan dan nak mandrem sesape walaupon suami sendiri semata-mata nak dapatkan kasih sayang dan perhatian sebab bagi aku mudah je, Klau kita ikhlas InsyaAllah  kita akan dapat bahagian kita.Kalau aku terror sangat bab bomoh2 ni dah lama aku bomohkan Datuk ke Tan Sri ke barulah hidup betul2 boleh goyang kaki..Ni mesti orang yang cakap hal bomoh2 ni buat benda ni sebab nak suh laki ,bini or mentua sayangkan? ok tak lucu kan..Kalau dah tak de isu santa pon carilah isu lain jangan jadikan aku isu boleh tak..?

Seandainya ini takdir Allah untuk aku,aku harus redha dan terima.Saat fitnah melanda aku kuatkan semangat demi suami tersayang kerana saat dia jatuh dia selalu ingatkan aku..Hanya aku sumber kekuatan dia kalau aku tak de tak de siapa yang dia harapkan..Adilkah aku tinggalkan dia tergapai sorang-sorang dalam mengharungi kesulitan semata-mata nak puaskan hati orang lain..Biarlah aku telan segala kepahitan demi yang tersayang.Kami pernah mengharungi kesenangan bersama dan wajarkah aku tinggalkan dia bila susah..?Kami pernah berjanji untuk harungi kesusahan dan kesenangan bersama dan selagi Allah izinkan Insyallah aku sentiasa ada untuk dia..


Bila  kenagkan balik apa yang aku lalui rasa macam tak percaya dengan kemampuan diri..Kekuatan yang aku dapat ni adalah datangnya dari orang-orang tersayang..Tanpa mereka aku tewas..Masalah sentiasa ada dan aku harus bijak mengawal emosi kerana emosi yang terlampau boleh membuatkan kita tersungkur.Doa merupakan senjata..

Kalau dah kita tutup pintu hati nak kenal seseorang tu memang sampai ke sudahlah kita tak kan tahu siapa dia sebenarnya..Yang kita tahu hanya dari cerita si polan dan si polan.

 Penat sebenarnya nak puaskan hati semua orang, penat nak pikir hal orang ..So, mudah kan cerita lantaklah  nak busy body ke,nak benci ke , nak fitnah ke n apepe jelah..



 

 




No comments:

Post a Comment