Tuesday, October 8, 2013

F.O.C






Hari ni  adalah hari terakhir kerja sebab esok sampai hari sabtu aku akan berkampung kat Kuala Berang sempena Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Terengganu.Tahun ni Kuala Berang jadi tuan rumah.

Lebih kurang 2 minggu kami2 atlet (kah) jabatan training.Tahun ni aku main netball ngan Futsal kalau tahun lepas main futsal ngan paintball. Dua minggu kebelakangan ni tak masuk opis pagi sebab pegi warming up ngan training..Tak Cukup siang sambung malam plak trining futsal..

Yang penting my hubby orang yang beria-ria support aku suruh turun training sebab nak suruh lelemak dalam badan ni hancur.Nampak sangat dah tak sanggup tengok aku membesar bagai johan. Dan dengan baikhati telah sponsor kasut futsal buat bini dia ni..Sampaikan abah aku cakap tiap-tiap tahun beli kasut futsal tapi tak menang-menang pon..Amboi2 sungguh jujur abahku..

Sebelum start training sempat pegi Arena sport kat Kuala Terengganu..Nasib memang baik sebab ada sale so, rembat je yang murah..Nasib ada saiz aku dan yang penting harga tak sampai seratus pun..Ok lah sebab lepas ni confirm kasut ni duk dalam gerobok kasut jumpa-jumpa tahun depan pulak.





Seriusly tubuh rasa berat sangat nak berlari tak macam dulu,sampaikan ada yang tegur sebab aku makin bam-bam..Adoilah, nampak sangat aku terlalu manjakan tubuh dan perut aku selama ni.

Masa training memalam adik aku yang bongsu jadi peneman setia, .Sebelum pegi training siapkan makan malam untuk suami dulu.Balik rumah adik aku siap bagi laporan kat abah ngan my hubby..



 Sampai tertidur tunggu aku habis main futsal..



Semalam pejabat agihkan baju,track suit,kasut ngan stoking..beg ngan topi tak sampai lagi..Dan yang paling penting FOC.


Harap-harap sangat lemak-lemak degil boleh terbakar tapi sebab terlalu lama dan dah tepu gamaknya dalam tubuh aku ni jadi susah sikit nak turun kot..

No comments:

Post a Comment