Balik dari tengok bola Kelantan ngan ATM terus demam.Mesti sebab kena hujan kat stadium..Hari ni pon duk sok sek lagi tapi bendalir mukus kat hidung ni makin berkurangan dah.
Nasiblah tak demam masa ada kejohahan sukan kat Kuala Berang hari tu kalau tak confirm tak larat nak kejar bola.
Bulan Oktober dah nak melabuhkan tirai..Cepat je kan masa berlalu tapi kalau nak hitung hari dapat gaji terasa lambat sangat sebab gaji bulan ni masuk awal sangat nak tunggu bulan depan bercinta..Seriusly bulan ni banyak sangat hal.kenduri kahwin sepupu,sukan,renew roadtax,raya lagi, seriusly memang memeningkan kepala..
Jumaat 04.10.2013 balik kampung sebab sepupu belah Ma yang sama baya ngan aku kahwin..Dulu dia selalu kena buli ngan aku.siap bertumbuk bagai.Tapi confirm aku yang menang walaupon dia lelaki.Time balik kampung semua kegiatan masuk kebun getah sebab ban kutip biji getah,terjun tiruk kat sungai,panjat pokok confirm aku ikut mamat ni..Pendek kata walaupun selalu gaduh dia geng kamceng gak lah..
Finally sampai jodoh jugak tapi masa arwah ayah dia meninggal awal tahun lepas dia lah yang paling teruk menangis sebab terkilan arwah nak tengok dia kahwin tak kesampaian.Apapapun semoga dapat menjalankan amanah dengan baik..Selamat pengantin baru buat sepupuku Edi dan sepupu baru ku Linda.

Adik kesayangan Ekin..Sayang dia sebab dia rajin kemas umah,basuh pinggan..he3..Kalau Ma tak de kat umah dialah yang selalu take over tugas Ma.Tolong jaga abah ngan Abang chik dia yang super mengada.
Ekin dan senyum simpulnya.
Adik dan sepupu-sepapat.Dah anak dara sepupu-sepupuku ni..Dulu aku lah yang kalut time nak tukar pampers korang..Tukang kalut je,bukan tukang tukar pun..Nampak sangat aku ni dah tua kan..
Ma ngan Su (mak sedara) kak Ayu(sepupu)
Tetiba rasa tinggi duk tepi Mak.:P
Yang baju merah tu Abah dan yang baju biru tu my hubby..

Semoga bahagia ke akhirnya..
Nota kaki:Gambar adalah berterabur sebab malas nak susun balik..
No comments:
Post a Comment