Dua minggu lepas aku ke Johor dengan my hubby dan adik aku.Memang dah ada rancangan nak ke Johor tapi kami belum decide tarikh memandangkan kekangan kerja dan masa.Khamis malam tu bila my hubby balik outsattion tetiba ajak pegi Johor esok pagi..Lelaki memang kan yang kalutnya kita nak pack segala mak nenek walaupon pegi hanya satu malam je pastu sibuk cari hotel.
Pagi tu, kejutkan adik aku yang ke2 last ajak dia ikut sekali memandangkan yang bongsu ada program ke KL selama 1 minggu,semua di taja hanya bawak body je pastu siap bagi duit poket sampai rm 300.00.jadi dia tak join.
Dekat pukul 10 pagi baru kitorang gerak dan my hubby dah pesan awal-awal jgn duk ngelat, kena drive jugak sebab johor ni jauh..Jadi aku bawak awal-awal memandangkan tengah fresh lagi.Seriuslay sakit montot dan boring giler duk dalam kete.Area pukul 5 petang baru kami sampai.Kami decide duk Pasir Gudang je.Masa kat Kota Tinggi baru hegeh-hegeh google hotel area Pasir Gudang.Akhirnya aku pilih Grand Far East Hotel, Masai.Bila suami tanya Masai ngan Pasir Gudang dekat ke jauh dengan yakinnya aku bagitau dekat je.Mentang-mentang aku pernah duk Johor dulu semua benda nak tanya aku,macamlah aku tahu kan..

Akhirnya sampai jugak ke destinasi dengan berpandukan GPS cik Putih ni..
Elok je masuk, ada dua orang reception pompuan kat kaunter tanya aku "Ok dik mau urut badan ke , mau urut kaki?" Aku ngan muka blur bagitau "saya yang call booking hotel tadi".. "Hotel sebelah dik,ni spa"..Terus mintak maaf.Memalukan betul rupanya2 silap masuk ..
Kami ambik bilik Suite Superior kalau tak silap.
Ada 1 katil queen dan katil single.Keluasan bilik ok lah sebab masih ada ruang nak solat dan letak beg.Pastu ada tingkap bolehlah jenguk tengok kereta parking kat bawah tu.
Walaupun harga bilik ni RM 127.++ tapi semua ada.
Wardrobe pon ada terselit kat tepi dinding..Memula aku ingat kan frame hiasan kat dinding tu rupa2 nya jam comel..
Walaupun dah ada shower melekat kat dinding bilik air tetap ada toiletries dalam kotak ni..Pendek kata puas hati duk sini cuma bilik air dia kecik sikit.
My hubby sibuk duk try wifii.Line tenet memang sadis sikit sebab slow dan kadang tenggelam tak timbul-timbul..Pastu kalau nak guna iron kena turun kat bawah sebab dia dah sediakan kat level bawah.
Aksi buang tabiat dua beradik..
Lepas Maghrib kami keluar cari makan sebab dah janji ngan sepupu akua nak jumpa.my hubby tak mandi sebab nanti balik baru nak mandi sebab tu lah x bersalin uniform lagi..
Bawak budak tengah exam STPM jalan-jalan hilangkan stress periksa.
Malam tu sepupu aku bawak makan kat Kong Kong.Menu malam tu.Ketam black papper,telur dada,tom yam campur,baby kailanikan masin..Makanan biasa je dan harga pon boleh tahan mungkin sebab ketam nipah mahal..
Tak tahu ikan ape tapi aku tengok pekerja kedai tu bagi makan deging ayam..Maybe ikan untuk di buat lauk jugak ni..
ekin ngan anak sepupu.Nak balik baru boleh pegang dan dukung..
Masa nak balik tu my hubby on GPS walaupun sepupu aku dah bagitahu jalan balik hotel.Tetiba GPS tunjuk jalan ke highway.Pastu aku bagitahu my hubby jauh lagi nak sampai ni sebab tengok km jauh sangat."Sapa jugok hotel , GPS tak tipu eh"..Ok fine,malas nak bertekak sebab dia yang drive.Pastu sepupu aku call tanya nape masuk highway sebab dia takut kami sesat.Sebab nak cover line aku bagitahu saje nak jalan-jalan.Ambik ko dah la kena bayar tol pastu punyalah jauh GPS ni kencing kami sampai kena pusing ikut Kota Tinggi dan lalu jalan yang kami lalu petang tadi,dekat 2 jam baru sampai hotel..Syabas suami ku sayang.Memang tak sesat tapi sepatuttnya sampai hotel 30 je.Bak kata my hubby nyesal pon tak de guna dah sebab tak leh patah balik..Ye la bang,sesal dulu pendapatan sesal kemudian ni lah jadinya..:P
Lepas ni kena gi update GPS..
No comments:
Post a Comment