Dah masuk hujung tahun ni banyaklah yang nak kena settlekan.Kejap sampai memo kat atas meja kena isi SKT (Sasaran Kerja Tahunan,Penilaian Prestasi (LPNT), pastu selang sehari sampai memo kena isi Kajian Kepuasan Pelanggan etc. Semuanya di hujung jari je.Buka laman web main klik-klik je.Tapi aku lebih prefer isi cara oldskol manual bagi aku lagi senang sebab takyah nak risau pasal line tenet laju or lembab macam siput bagai.
Baru je kejap tadi isi SKT tapi still perap dalam draf lagi nanti dah nak habis tempoh baru aku nak antar mane lah tau kot2 ade benda yang nak ditambah..
Kalau isi SKT ni yang penting adalah kursus cukup ke tak..Alhamduliilah tak pening kepala sebab dah 10 hari aku berkursus untuk tahun ni.
1st aku pegi bulan Feb kat Marang Village Resort & Spa before mengundi..Dah sah2 tajuk pon Bengkel Patriotisme jadi menjurus ke arah politiklah..Asyiklah menyanyi je..
Yang 2nd mesyuarat sambil berkursus.Orang kata sambil menyelam minum air.Bulan 6 lepas, giler lama baru nak citer tapi aci lah kan 25 hb Jun bertolak dari Depo Pejabat ke Kuala Lumpur ngan bas pejabat.
Sampai awal pagi jadi sementara nak tunggu check in kami pergi merayau2 dulu,merayau sampai Sogo..Gila jauh jalan kaki.Sempat merembat handbag tuk Ma sebijik sebab murah sangat tu pon pakat ngan officemate beli dua harga murah berganda.
Balik hotel pon jalan kaki jugak,masa balik ni terasa jauh la plak pastu baru rasa sakit kaki.Sampai hotel nasib dah boleh check in.Bolehlah bersiram dan baring kejap sementara tunggu meeting.Ko mampu pegi Sogo tak mandi? Kami mampu..;-)

Buat 2 mesyuarat sekaligus.oklah jugak sekali harung settle..
Habis meeting..perut kenyang suka hati.Makanan adalah so so je.Tapi bilik selesa.
Malam tu mati kutu duk dalam bilik tetiba ada yang ngajak gi jenjalan apelagi terus sms en suami mintak izin nak keluar.dapat green light terus cari teksi pegi KLCC..



Lepas window shopim, lepak kat luar sambil tengok gelagat orang.Ni kali pertama aku pi KLCC malam biasa pegi siang hari.lepas tu jalan kaki pegi Pelita.Tank dah penuh balik bilik dan tido coz esok nak tadah telinga lagi.
Ni pencaramah sesi pagi.Aku lupa Datuk ni dari jabatan mana kalau tak silap IBN dan yang penting asal Terengganu..
Awalnya bos bagitau kursus sampai pukul 12 tengahari je.aku bukan main plan ngan member aku nak jumpa tetiba ubah jadual sambung sampai petang.Sesi petang aku tak masuk sebab member aku dah tercongok depan hotel.So,aku ponteng sesi petang,pergi berjimba ngan kawan-kawan.
Jejaka pejabat aku.Yang duduk tu ketua unit aku.Nak tau pasal tanah tanya dialah,semua duk dalam kepala dia.Orang lama katakan.
Ni masa sampai.Gambar tak ikut aturan sebab aku malas nak susun.Kesian kan sebab tunggu check in jadi bersidailah kat depan hotel.
Yang ni last day before bertolak balik.Aku tak balik dengan bas sebab en suami datang KL.
Ni lah teman sebilik aku untuk 3 hari 2 malam .Kak Ti ni lebih kurang ngan aku je kejap kan lapar lah.Duk dalam bilik siap beruniform baju tido dah , pastu tetiba laparlah..jom turun.Mudah kan dapat yang satu kepala.
No comments:
Post a Comment