Sediakan payung sebelum hujan,ni dah hujan baru hegeh-hegeh nak cari payung.Aku pun heran mane peginya payung-payung kat rumah ni..semalam dah start hujan dan berhenti kejap-kejap je,Hujan bulan disember adalah perkara biasa bagi kawasan Pantai Timur kan.Lepas ni merasalah main air banjir.Harap-harap tak de lah banjir besar.
Bangun pagi musim hujan ni adalah malas berganda sebab sedap berbungkus dalam comferter sambil ditemani bantal empuk,tambah-tambah water heater dalam bilik air rosak lagilah mencabar diri ni.Terpaksa lawan setan malas dalam diri ni..:)
Minggu ni dua orang demam kat rumah, ahad tu abah demam dan esokknya Ma plak yang demam.Tapi dalam demam-demam pon tetaplah Abah pegi keje gak.ahad tu abah memang tidur je dan malam baru adik aku bawak gi klinik tu pon lepas kena paksa.Petang isnin tu terkejut gak tetiba dengar enjn lori,masa tu aku duk dalam bilik,keluar-keluar lori balak abah dah jalan .malam tadi abah call dan bagitau dia dah ok, dan nak pegi hantar kayu kat Kedah.Kekadang aku heran mane datangnya semangat dan kekuatan abah ni sebab aku keje yang tak seteruk abah kalau demam sikit pun sibuk nak cuti..
No comments:
Post a Comment