Monday, December 23, 2013

Pulau Langkawi Day 1




Pagi Jumaat 6.12.2013 kami bertolak ke Kuala Perlis dari rumah mentua adik aku.Dalam pukul 11.00 pagi kami sampai kat Jeti Kuala Perlis.My hubby ngan adik aku pergi park kereta dan aku n adik ipar aku pergi cari tiket feri sebab masa call nak booking dia tak bagi booking suh walk in je.Plan nak ambik pukul 11.30 pagi, tapi yang paling awal pukul 12.30 je yang  tinggal.Jadi berkampunglah kami kat situ dalam 1 jam setengah.Nasib baik port kami duduk tu cun cun je bawah pokok dan teduh.Sempat makan kat Kuala Perlis,tapi jangan terkejut sebab harga  berlipat ganda mahal.Masa sampai kat Kuala Perlis tu ada motosikal follow dari trafic light sampai depan jeti,rupa-rupanya ulat parking.Tapi masa tu terpaksa ikut je mamat tu sebab tak boleh nak memilih nak park kat mane,penuh dengan kereta dan manusia.3 hari parking kat situ kena cas RM 45.00, ok lah kan RM 15.00 sehari.Parking punyalah jauh,kena naik motor dia plak nak datang kat jeti time nak balik pon kena call dia dan dia hantar driver sampai ke kereta dan Alhamdulillah kereta selamat.



Sebelum naik feri aku suh my hubby call kereta sewa ngan homestay bagitau kitorang dah naik feri.Tugas aku just booked dan settlekan bayaran , tepon-tepon ni keje my hubby plak.


Nasib lah ramai, boleh gilir-gilir pegang si kenit tu.Tak duduk diam,kang dia lompat si katak lompat.Nasiblah tak meragam.


Kat Kuala Perlis dan kat Jeti Langkawi bersepah orang duk offer kereta sewa dan homestay tapi aku dah booking awal-awal .

Sampai kat Jeti lebih kurang pukul 2 lebih, dan 1st pegi ambik kereta dulu.Aku sewa iswara ngan wira.Lepas buat bayaran dan deposit rm 100 kitorang gerak cari stesen minyak dulu. Masa ni jalan jem, elok je sampai separuh jalan staff kat sewa kete tu call .
"Akak, resit akak tak ambik lagi"
"takpelah, pegang dulu nanti nak hantar kete ni saya ambik"
"Tak boleh kak sebab akak tak bayar lagi"
"Saya dah bayar 300 tadi termasuk deposit "
"Tak akak tak bayar lagi"
Terus aku pass tepon kat my hubby.My hubby cakap tunggu kitorang datang balik.Elok je pusing balik jalan jem giler dengan minyak tak isi lagi.So, my hubby call balik .

"Saya yang sewa kereta wira ngan iswara ni,jalan jem ni"Aku tak tau pompuan tu cakap ape.
"Saya takut timbul masalah lepas ni".Memang menyirap dan bengang sebab elok-elok je aku bayar n sign resit tapi silap aku sebab lupa nak ambik resit.Sebab lepas bayar aku sign resit pastu aku tanya settle x lagi,dia kata tunggu jap pastu yang laki plak suh pegi panggil family kitorang pegi kat situ sebab dia nak ambik kete jadi dalam kalut-kalut tu aku lupa nak mintak resit.Kalau tau tak bayar nape nak bagi kunci kete kan.Pastu my hubby cakap ok dah settled,baru tenang sikit hati ni.

Lepas isi minyak terus gerak ke Homestay Ros dan Zaharin kat Taman Nilam.Alhamdulillah selesa dan bersih dan yang penting cukup alatan memasak,tuala.selimut,toto dan iron. Cuma tak de air cond sebab masa aku booked tu je yang tinggal, nak tak nak terpaksa ambik.Lepas mandi terus keluar cari kedai makan.


Kami makan kat Kelibang Seafood,Pekan Kuah.Alhamdulillah makan denagn portion yang banyak dan harga tak mencekik darah., 3tahun lepas aku datang ngan my hubby tapi lupa kedai mane satu makan 2 orang kena seratus lebih memang cekik darah.




 Lepas kenyang perut kami ke Dataran Lang.Tempat wajib kalau datang Langkawi.Masa tu dah petang dan orang pun ramai. So, parking kete jauh sikit dan kena jalan kaki pun jauh lah.







Kami kat Dataran Lang tak lama sebab dah masuk Maghrib.Aku suh adik aku balik homestay dulu sebab aku nak pegi cari barang2 dapur dan kedai kek sebab aku dah pakat ngan my hubby nak sambut birthday Syara kat Langkawi.Birthday dia jatuh 3.12.2013 .So, kami tak nak dia tahu plan kami jadi kami suh dia ikut adik aku balik homestay,dia lagilah suka sebab boleh naik kete skali dengan si kenit uzma..





Pusing punya pusing jumpa jugak kedai kek kat Pekan Kuah.Kami dah decide tak boleh beli yang besar sebab lusa dah nak balik jadi kalau tak habis takkan nak punggah balik kan.


No comments:

Post a Comment