Monday, January 13, 2014
Bisul
Hari ni dah masuk minggu ke tiga tahun baru 2014..Esok cuti sempena Maulidur Rasul..
Minggu lepas adalah minngu yang mencabar sikit sebab teman sebilik aku tak sihat jadi rutin harian bertambah sikit..Jaga orang 'dewasa' sakit ni mengalahkan budak-budak ok..Manjanya bukan main lagi tapi tak pe kita yang sihat ni layankan aje sebab orang sakit ni jiwa dia sensitip sikit tambah-tambah bila pergerakan terbatas dan hanya baring je...Aku tak tahu kenapalah en bisul ni suka sangat bertenggek kat montot my hubby.
Kalau dah penakut dengan klinik dia sanggup ok tahan sakit tunggu bisul tu pecah sendiri dan sanggup dengar aku membebel hari-hari ajak pegi klinik.Aku pulak hari-hari duk tampal daun kayu dan pokok ubat traditional sampai tangan dah berubah warna kuning dan hijau..Alhamdullillah Jumaat malam time duk tengok Maharaja Lawak Mega tu bisul dia pecah.Terus nak berlari katanya sebab automatik dah tak de denyut2 dan sakit2 lagi..
Dan hari ni dah keluar daerah sebab tuntutan kerja..Harap-harap lepas ni tak de lah episod naik bisul lagi sebab tak sanggup nak tengok roomate aku sakit..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment