Thursday, January 2, 2014

Kisah Sabun


Aku pantanglah tengok benda yang comel-comel ni..Masa kat langkawi hari tu terjumpa satu kedai yang jual perfume dan sabun dengan pelbagai bentuk dan warna yang menarik,Terus serbu dan beli.Dengan harapan beli sabun mandi ni bertambah semangat nak mandi dan kulit pun jadi lawa macam sabun-sabun tu..Tapi itu hanya dusta,hanya jadi perhiasan di bilik tidur je.

Minggu lepas aku kerat yang warna purple (kaedah jimat cermat guna sabun mahal),gunalah tak sampai 5 kali pun sebab bila pakai kulit aku yang kering ni makin bertambah kering..walaupun dah tau kulit jenis bangsa tak boleh nak guna sabun sesuka hati..


Nasib baik rembat tiga je,lepas ni nak paksa my hubby guna..:)


No comments:

Post a Comment