Monday, April 26, 2010

Kisah Abah (1)


Bukan kehidupan namanya kalau hidup sepi tanpa dugaan.beberapa hari lepas aku baru je buat entry ni . Baru je aku tengok abah sihat.Hari tu dia sakit buasir,Alhamdulillah selepas beberapa kg kehilangan berat badan dia pulih seperti biasa.

Sabtu lepas sebelum g keje Abah ada ngadu kat Ma aku yang dia sakit kat area tekak dekat ngan telinga.Ma aku tengok2 kot2 ada serangga yg gigit atau sengat kat area tu.Macam biasa abah g keje.Kami hanya mengetahui perkembangan abah melalui telefon.Dan abah bgtau tekak dia makin bengkak.

Jumaat malam abah balik dari keje.mlm tu aku xsempat jumpa abah sebab masa abah balik tu aku dah tidur.Esoknya Ma kejutkan aku dan bgtau abah sakit.Aku keluar dan tengok tekak abah memang dah bengkak.Terus aku ajak abah g klinik.Kali ni abah ikut je permintaan yang berbaur arahan dari aku.Terus aku bawak abah g Hospital Setiu.Lepas jumpa doktor dan ambik ujian darah,doktor benarkan abah balik dan esokknya kami kena datang balik.

Ahad aku ambik cuti.Aku dan My hubby bawak abah pegi Hospital Setiu balik.Doktor kat Hospital Setiu bagi surat untuk kami rujuk pakar ENT (pakar telinga,hidung ,tekak) kat Hospital Sultanah Nur Zahirah,K.T.Abah kena warded kat HSNZ.Memang pelik kan bila orang yang takut ke hospital tetiba kena berkampung kat wad.Sebelum bawak abah g hospital adalah 2,3 orang bgtau suh berubat kampung,diorang bgtau klu bawak g spital confirm kena bedah n diorang citer klu bedah kat bhgian tekak ni banyak risiko.Ada yang hilang suara n byk lagilah citer yang menakutkan.Tapi dalam hati aku tekad nak bawak abah ke Hospital gak.Abah pon tekad nak g hospital gak sebab dah tak tertanggung sakit.Bagi aku,ada penyakit boleh ikhtiar cara traditional,ada penyakit boleh ikhtiar cara moden.Yang penting kita cuba,yang lain kita serahkan pada Ilahi.

Sekarang Ma yang jaga abah kat hospital.Tugas aku sekarang handle adik2.Aku cuba lindungi kesedihan aku kat depan adik2.tapi sesekali air mata tumpah gak depan mereka.

No comments:

Post a Comment