Wednesday, April 28, 2010

Kisah Abah (2)

Isnin.26/02/2010

.Hari kedua abah berkampung kat wad HSNZ.Tengahari tadi my hubby dah pegi melawat abah n antar makanan tuk Ma.Lepas tu my hubby ke Kemaman sebab nak antar kete sewa n ambik kete dia kat workshop di kemaman.

Pagi tu Ma ada bgtau doktor suh abah puasa.Klu kencing manis abah turun,doktor nak operate abah petang atau malam ni..Tapi x confirm lagi.Lepas adik2 balik sekolah aku drive ke Kuala Terengganu.Sampai kat hospital baru Ma bgtau abah dah masuk bilik bedah kol 4.30 pm.Mungkin tadi Ma xnak aku drive dalam risau.

Saat2 abah dalam bilik bedah adalah saat yang mendebarkan.Saat macam ni tersayang xde di sisi.Sebelum buat pembedahan doktor dah bgtau ada risiko.ada yang berjaya dan ada juga yang xberjaya n ada kesan sampingan lepas buat pembedahan.contohnya mulut jadi senget,mata xleh tutup.lepas tu ma tanya abah macamana abah sanggup ke tanggung risiko.Abah bgtau xpelah abah dah tua,dari duk tanggung sakit.Kesian abah.

Adik beradik abah,bapa saudara abah(abah ada 1 org je bapa saudara),2,3 org waris abah bersama2 kami kat tempat menunggu sampai abah selesai jalani pembedahan.Soalan pertama abah tanya Ma lepas sedar "kak Long n adik mari x?".

Alhamdulillah,abah berjaya jalani pembedahan tanpa risiko yang doktor bgtau.

My hubby sampai dari Kemaman lepas habis waktu melawat.Atas budi bicara pengawal keselamatan dia benarkan my hubby naik jumpa abah.Kesian my hubby sampai Kemaman terus rushing balik K.Trg.Adik2 laki aku yang 2 orang tu xde.Dua2 nak final exam.Abah memang x kasi aku bgtau kat diorang yg abah x sihat takut ganggu pelajaran diorang.Tapi aku terpaksa bgtau kat diorang.

Kami adik beradik memang xrancang nak bermalam kat Kuala Trg,jadi petang tu kami datang sehelai sepinggan.My hubby ajak g beli baju 1 helai seorang n kami bermalam kat Batu Burok Beach Resort.Sekurang2nya dekat sikit ngan Ma n Abah.

No comments:

Post a Comment