Tuesday, June 12, 2012

Dalam Dilema


4 tahun lepas memang aku nantikan keputusan ini tapi bukan sekarang..Bila aku selesa,serasi dan sebati di sini dan aku betul-betul belum bersedia di tambah bila fikirkan family dan bila fikirkan adik-adik yang masih perlukan aku untuk berada di sini betul-betul buat aku dalam dilema..

Dulu aku yang beria-ia tapi bila dah dapat aku berat hati.Pihak atasan pun masih perlukan aku di sini kerana kekurangan staff.Aku dalam dilema.Rasa nak berhijrah dan mencuba sesuatu yang baru.Rasa nak hidup berdikari tapi aku takut aku xleh nak survive bila aku jauh dari keluarga.

Bila fikirkan family,aku betul-betul tak sanggup nak jauh dari mereka sebab aku tahu tanggungjawab aku sebagai anak dan kakak masih diperlukan.Aku diberi pilihan untuk terus di sini atau bersetuju dengan tawaran tersebut.Kalau aku terima tawaran tersebut bidang tugas aku akan berubah dan aku perlu belajar sesuatu yang baru.Yang pasti tekanan akan bertambah dan aku perlu cari kawan baru..

Setelah berbincang dengan pihak atasan dan suami aku rasa aku dah dapat keputusannya..Harap ini yang terbaik untuk aku,tersayang dan keluarga..Ya Allah bantulah hamba MU ini...

No comments:

Post a Comment