Tuesday, June 19, 2012

Life Story As a Abah


2 tahun lepas, after balik keje terus rushing ke Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu ngan adik-adik pompuan, waktu tu 2 orang adik laki duk tengah berperang ngan final exam dan kami  masih rahsiakan dari pengetahuan mereka...Si suami ke Kemaman atas urusan keje.Lebih kurang 1 jam  baru sampai,maklumlah masa tu drive sang kancil..

Tengok Ma duduk diruang menunggu depan wad pembedahan..Kebetulan waktu melawat,ramai saudara-mara dan semua adik beradik abah ada kat situ.

Nama Abah masih terpampang kat skrin depan wad bedah..Air mata tak hendi mengalir, puas ditahan tetap berdegil..si suami tak henti telefon bertanyakan tentang Abah..Sepatutnya esok jadual pembedahan Abah dan bila sampai di hospital baru kami tahu yang Abah sedang berperang di dalam bilik bedah..Terus si suami berkeras mahu pulang walaupon baru sampai di Kemaman sedangkan tengahari tadi dia dah melawat Abah.

Kami terus menanti, berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar..Terbit rasa takut bila teringatkan risiko-risiko yang doktor terangkan..cukup risau..

Kekadang minda terfikir yang bukan-bukan,macama kalau sesuatu terjadi pada Abah, bagaimana hari-hari yang bakal kami lalui tanpa Abah.Aku belum puas untuk berbakti pada Abah, untuk membalas segala penat lelah Abah,untuk membuatkan hari tua Abah terasa Indah..Abah belum sempat melihat Adik-adikku berjaya..

Penat lelah Abah terlalu tinggi nilainya.Dari kami kecil sampai kini Abah tak pernah jemu mengerah keringat ngan kenderaan kesayangan dia lori balak.Ya Allah kau selamatkanlah Abah ku..

Lebih kurang pukul 6.00 lebih Abah ditolak keluar dari bilik bedah dan memanggil waris untuk masuk..Aku lihat ada cecair jernih keluar dari mata Abah.."Bila Kak Long Sampai? adik-adik mane?"..soalan pertama yang keluar dari mulut Abah..

Alhamdulillah,segalanya selamat..Syukur kerana Allah masihbagi peluang untuk aku terus berbakti kepada insan yang bergelar bapa..

Selamat Hari Bapa Abah..

Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik..

I LOVE U..







 My Heart..:)love u Ma n Abah..


No comments:

Post a Comment