Thursday, August 29, 2013

Melepaskan Hajat



Isnin lepas temankan abah pegi melepaskan hajat dia.Aku merangkap driver tak berapa nak bertauliah bab jalan-jalan ni walaupon boleh dikatakan hampir setiap minggu lalu jalan yang sama tetaplah menjalankan keje dengan amanah..:P..Gigih jugaklah nak tekan cluctch, main gear sebab my hubby bawak kete aku so terpaksalah guna kete adik..

Memang berbeza cara orang pompuan ngan laki membeli kan..Kalau pompuan lepas telek,belek agak-agak puas hati baru beli..Ni tak tengok je berkenan,kena ngan harga terus bayar..Amboi macamkan beli barang 2,3 puluh ringgit.

Dah lama sebenarnya Abah nak beli jam ni tapi memandangkan dulu komitmen lebih kepada anak-anak sekolah so, dahulukan anak..Sekarang  tanggungan taklah berat macam dulu ade rezeki lebih bolehlah beli..Nak harapkan anak-anak masih tak mampu nak beli jam yang ribu riban untuk abah.Dulu adalah satu jam abah tu,dia memang sayang gile tapi dirembat orang,lepas tu terus tak beli-beli..










Amboi abah dapat jam baru terus pakai tak sempat sampai umah..
Ma siap tanya "gano gak raso pakai jam mahal"
"Supo ore puan lah,raso gano bleh pakai gelang emas."..

Alhamdulillah dengan rezeki Ilahi..Bersyukur sebab dapat tengok senyuman dari insan yang telah banyak berkorban untuk kami 6 beradik.. Betapa besarnya pengorbanan bapa sanggup ketepikan impian sendiri demi kepentingan anak-anak..InsyaAllah jika diizinkan Ilahi kami 6 beradik diberi rezeki dan peluang untuk membalas segala pengorbanan MA n Abah walaupon tidaklah setanding dengan pengorbanan mereka..Amin..


No comments:

Post a Comment