Assalamualaikum...Dah lama kisah ni terdampar dalam draf..Dah berbulan-bulan dan setiap kali cuba untuk menaip air mata pasti menitis,dada sebak dan niat terus terbantut tapi kali ni aku gagahkan jugak..Sekurangng-kurangnya kisah dia tak hilang begitu saja..
Awal tahun lalu betul-betul menguji kami sekeluarga bila kehilangan bapa saudara,adik ipar terpaksa berkampung di hospital di Kedah..Dugaan datang silih berganti,Alhamdulillah kami diuji kerana ingin buatkan kami lebih dekat kepada pencipta..
Sempena cuti CNY kami sekeluarga ke Kedah sebab adik ipar aku terpaksa berkampung kat hospital kerana ada masalah mengandung uri kat bawah (bahasa doktor or perubatan aku tak tau).
2 hari balik rumah dapat berita sepupu aku masuk hospital sebab demam..
2 hari balik rumah dapat berita sepupu aku masuk hospital sebab demam..
13hb Feb 2013 (Rabu) - Dapat panggilan dari mak nik (adik Ma)bagitahu Afrina dimasukkan ke Hospital Sultanah Nurzahirah..dari Hospital Dungun transfer ke HSNZ..
16hb Feb 2013 (Sabtu) - Baru berkesempatan melawat Afrina..menitis airmata melihat kanak-kanak yang aktif terlentang dan ditidurkan oleh doktor sambil ditemani wayar dan mesin..
17hb Feb 2013 (Ahad) - Hati meronta-ronta nak tengok perkembangan Afrina..Sampai je Su (Mama Afrina,adik bongsu Ma aku) bagitau keadaan Afrina makin kritikal..Awalnya doktor bagitau Afrina kurang darah,pastu jangkitan paru-paru ,pastu bengkak hati dan hari ni ada sel kanser dalam darah..Kami pun keliru tak tahu yang mana satu betul sedangkan ujian darah tak keluar lagi..Mungkin mereka lebih tahu kerana itu tugas mereka.
21hb Feb 2013 (Khamis) - Balik keje terus ke HSNZ..Alhamdulillah Su bagitahu ada perubahan positif walaupun tak banyak yang berubah.Kami masih mengharapkan semoga keadaan dia makin pulih..
24hb Februari 2013 (Ahad) - Dapat sms dari su bagitahu keadaan Afrina makin menurun..Terus rushing ke HSNZ..doktor bagitahu mereka dah usahakan yang terbaik dan bergantung kepada usaha Afrina sendiri untuk baik..Hanya airmata yang mampu menterjemahkan perasaan kami..Ya Allah moga ada keajaiban berlaku..
25 Februari 2013 (Isnin) - Hanya en. suami yang pergi melawat Afrina tengahari tu..Petangnya en suami ajak ke Kuala Terengganu..Nak buat ape pegi Hospital petang-petang bukannya boleh melawat..Tapi dia berkeras ajak pegi jugak,xpe kita lepak kat Pantai Batu Buruk..Dalam hati bemonolog sendiri..buang tabiat ke laki aku ni,tak pernah-pernah ajak dating pantai memalam tetiba pulak..Lepas maghrib baru kami bertolak ke Kuala Terengganu,tapi memandangkan malam kami tak pegi ke Batu Buruk,kami pegi ke Kuala Ibai..Masa duk makan dapat sms dari su "Baby tenat sangat dokor kata"..En suami ajak ke Hospital tapi aku tak nak sebab dah sah sah tak boleh masuk.Dan en suami bagitahu "Kita tak yah balik lagi,kita pegi Pantai Batu Buruk"..Maybe sebab dekat dengan hospital..Tak sampai setengah jam dapat panggilan bagitahu Afrina dah tak de..Innalillah...Akhirnya si cilik Nur Afrina Khaisarah pergi menemui penciptanNya dan menghembuskan nafas terakhir di sisi Mama dan Papanya..
Syukur Alhamdulillah urusan membawa balik jenazah dipermudahkan.Pihak hospital sarankan kami bawa balik jenazah sendiri sebab kalau nak tunggu pihak hospital ambil masa..Jadi kami bawa balik jenazah dengan kereta aku,dan Atuk aku yang pangku jenazah.Sampai Setiu berenti jap ambik Ma tapi kena plak banjir.Jalan nak masuk umah aku dah penuh air.Terpaksa tunggu kat simpang dan Abah hantar MA ngan Lori Balak dia sampai kat simpang luar.Lepas tu baru bawa balik ke Besut umah mentua Su aku sebab umah tok aku dah banjir..
Patutlah suami beria-ria ajak pegi Kuala Terengganu , dia cakap dia dah rasa sesuatu ..Mungkin ini gerak dari Ilahi.
26hb Februari 2013 (Selasa) - Jenazah selamat dikebumikan di sebelah pusara adiknya (meninggal 5 bulan dalam perut).
Nur Afrina Khaisarah, anak kecil yang berusia 3 tahun pergi mengadap Ilahi.meninggalkan Mama dan Papanya..Bayi yang ditunggu hampir 10 tahun oleh Su dan Ayah Su sempat memberi kebahagian selama 3 tahun kepada mereka..Sebelum Su aku lahirkan Arwah dah banyak kali pregnant tapi rezeki tak ada, keguguran dan meninggal dalam perut dan akhirnya 10 tahun menanti akhirnya Allah kurniakan seorang puteri yang petah dan aktif.Kalau duduk dengan dia memang tak kering gusi tengok telatah dia.mulut macam orang tua..tapi semua tinggal kenangan..
Berat bahu memandang berat lagi bahu yang memikul..Memang nanar dan ambil masa untuk Su ngan Ayah Su aku nak biasakan kehidupan tanpa permata hati mereka.Kami memang tak putus-putus bagi kata-kata semangat.

Kenangan arwah dengan adik bongsuku.Masa ni aku lupa umur dia..
Arwah bersama Mamanya..
Masa ni arwah baru dimasukkan di wad dan belum ditidurkan oleh doktor..Masih setia dengan bantal busuknya..

Dan ni lepas doktor tidurkan dia..sehinggalan ke hembusan terakhir..
Walaupun dia dah tak ade tapi bagi kami dia masih hidup dalam ingtan kami..Semoga Allah tempatkan adik di tempat yang indah..
No comments:
Post a Comment