Monday, December 30, 2013

Balik Kampung




Hari Isnin .Ma masak nasi lemak atas permintaan anok jate dia sebab tak puas makan nasi lemak yang kami buat kat Langkawi hari tu.Masa kat Langkawi lagi sedap sebab bawang ngan lada kering aku tumbuk pakai lesung sebab tak de blender..Rasa sambal bilis dia lagi umph..

Dalam pukul 11.00 pagi kitorang gerak,sebab tak nak sampai malam kat Bukit Grik.




 Sebelum balik gomol budak ni puas-puas dulu sebab bulan 1 ni baru boleh jumpa plak..





Tok Ma macam biasa setiap kali nak pisah ngan ngan cucu pasti ada drama air mata..

 
Orang kata kalau datang Penang tak beli jeruk tak sah kan.elok je nak masuk highway nampaklah kedai Jeruk Madu Pak Ali,apalagi terus stop kete masuk beli jeruk..Now,sejak dah kenal jeruk ni dah tak beli yang selalu beli tu sebab rasa dia beza sangat dan yang penting bila makan tak perit tekak or batuk-batuk..


Alhamdulillah perjalanan kami selamat cuma terpaksa meredah hujan dari Hentian Titiwangsa sampailah ke rumah..

No comments:

Post a Comment