Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tinggal 2013





Tinggal beberapa jam je lagi nak tinggalkan tahun 2013..
Alhamdulillah tahun yang penuh warna buat aku..
Kehilangan ahli keluarga tersayang .
Kehadiran si comel Nur Uzma Zakirah.

Ada perkara yang terjadi diluar kotak fikiran, walaupun orang lain buat onar tapi orang lain yang dipersalahkan..Terima kasih kerana tak sudah-sudah nak salahkan orang lain dan terima kasih kerana sentiasa berusaha untuk mencari kesalahan orang lain..Walaupun berdiri kaku tapi masih salah di mata mereka..
syukur kerana mereka bukan insan yang dekat dihati dan hidup aku..sekurang-kurangnya aku lebih kenal jenis manusia bermuka-muka neh..So,abaikan mereka..

Terima kasih kawan-kawan dan insan yang tersayang kerana sentiasa dekat dengan aku dan sentiasa menjadikan warna-warna tahun 2013 lebih indah..

Buat suami terima kasih kerana sentiasa pinjamkan bahu untuk aku jadikan tempat sandarkan kepala bila kesedihan melanda dan sentiasa jadi tukang lap air mata aku walaupun tahu aku ni over sensitip..

Buat Ma dan Abah, terima kasih kerana sentiasa manjakan aku sebagai anak walaupun dah tua bangka sampai kekadang adik-adik jatuh cemburu, cemburu dalam skala yang minimum.

Buat adik-adik, terima kasih kerana sentiasa anggap aku the best sister walaupun kekadang kepala kak long mu ni  biol dan masuk air.

Buat teman sekerja, terima kasih kerana sentiasa tolong aku time aku blurr tak tau nak settlekan kerja yang rumit..

Buat sesiapa yang pernah aku sakiti secara langsung atau tak langsung , maafkan aku ..

Selamat tinggal 2013..InsyaAllah 2014 akan lebih baik dari tahun lepas..Selamat tahun baru buat semua..


No comments:

Post a Comment